Tuesday, 2 October 2012

THIS IS NOT A FIRST TIME

Hello Dunia


Apa khabar? semoga segalanya baik baik sahaja, apa program anda hari ini? takkan dok rumah saje tido kot? get up! get up! hari ini hari rabu, masa untuk menjadi proaktif dan produktif! heh.

blog ini bukanlah blog pertama yang aku ada, malahan, ini adalah yang ke-5. sebelum ini aku sudah ada 4 blog, semuanya berlainan genre, ada yang ditujukan khas utk si dia, (sekarang ini sudah tiada), ada yang hanya melibatkan liveblogging, kata2 pujangga, diari diri, namun, aku tamatkan perkhidmatan mereka kerana tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan, hahaha. bukanlah, aku delete dan tutup semuanya kerana aku sudah tidak melakukan kemas kini, namun, sekarang aku menyesal kerana melakukan penutupan dan memadam, eah? memadam ke? delete dalam bahasa melayu apakah? hahaha. ya, aku menyesal men'delete' blog blog tersebut, kalau aku simpan, kan boleh jadi memori yang akan membuatkan aku ketawa. hahaha. 

blog ini ditubuhkan untuk menyelesaikan ketagihan aku terhadap rokok, eah, bukan, tapi terhadap dunia blogging, ya, aku rindu dunia blogging, boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan mengemas kini blog aku dahulu, banyak yang aku belajar dari dunia blogging, aku bukanlah budak IT, aku budak bisnes yang tiada pengalaman duduk semeja bersama pakar IT ataupun Pak Najib. ketika belajar dulu kt MSu, dok depan PC selama 72jam tanpa melihat dunia luar bukanlah sesuatu yang pelik bagi aku. hanya bangun untuk makan,  minum, mandi, tidur, eah, silap, bangun untuk mengambil makanan, minuman, tidur pula masih dihadapan PC dan mandi, takkan mandi depan tu jugak, ye tak? hahaha. ini semua gara gara DOtA, dan Internet. gila ketagih. heh! namun, dengan duduk dihadapan PC itu lah aku dapat berbagai bagai informasi terkini termasuk jugak menjadi pembantu aku meng'copy and paste' assignment. hahaha. 

namun sekarang, hidup aku sudah normal, tiada lagi komputer 24jam sehari, sekarang ni, masa lebih banyak dihabiskan untuk kerja, hidup bersosial, dan juga kepada tuan puteri si cantik molek serta bijak, yang memiliki jet pejuang bewarna putih, dan seorang insan yang suka menahan kentut, hahaha.

aku seorang yang suka menaip, memikir, dan menukil, hasil yang berseni, aku suka membiarkan aplikasi nota aku di handphone terbuka begitu sahaja, kerana aku suka menekan-nekan skrin hp walaupun tiada apa yang mahu ditulis, percaya tak, untuk membuat post ini sahaja, aku memerlukan masa selama 40minit, kerana aku tiada idea apa yang mahu ditulis, aku hanya membiarkan jari jemari aku menari nari diatas keyboard. hahaha. 

rasanya sampai disini sahaja kali ini. masa depan kita tak tahu apa yang terjadi. maka, minta maaflah kalau korang tak puas hati. ada aku peduli? tiada langsung. hahaha. 

sekian, terima kasih.

Detail Report.
PLACE : CC Sri Sinar
TIME : 0712 - 0820
DATE : 3 / 10 / 2012
LISTENING TO : Fly Fm Pagi Rock Crew.
FEET NOTES : Rindu untuk menonton wayang bersama tuan puteri, disebabkan masa post di blog tidak pernah sama dengan masa yang sebenar (tidak tahu mengapa) maka, detail seperti ini adalah WAJIB.

No comments:

Post a Comment